Cara untuk Membuat Gulai Ayam Mek Kelate

Kalau rasa dah puas makan daging nanti simpanlah resipi gulai ayam cikgu ni. Cikgu orang Kelantan. Kotlah nak rasa kelainan tirulah cara cikgu masak. Nak bagi gulai sedap, aroma menyengat rasa lain dari biasa banyak dah cikgu pecahkan rahsia walaupun masak guna santan kotak je.

Setakat ini kawan fb cikgu yang dah cuba masak puas hati. Nampak je ada bahan cikgu gunakan mungkin tak pernah dimasukkan. Jangan rasa pelik. Cikgu berani jamin kesedapannya luar biasa. Buktinya ramai kawan fb cikgu yang dapat pikat hati suami dan anak masing-masing dengan tips cikgu bagi. Jomlah cikgu kongsi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cikgu Afy AL Habibi. Terima kasih.

Untuk 5-6 ketul ayam. Tips pertama, sediakan bahan di bawah. Tengok bahan mesti ada yang tak pernah letak kan. Takpa cuba dulu. Nanti mesti kawan semua terpana dengan kesedapannya.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 3-4 biji bawang merah( saiz syiling 20 sen).
  • 1 ulas bawang putih.
  • Sehiris nipis lengkuas.
  • Sehiris halia.
  • Dua hiris nipis serai.
  • secubit ketumbar.
  • secubit jintan manis.

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi. Biar betul-betul garing.
  2. Setelah garing, masukkan 1 /3 sudu besar cili kering kisar. Atau sesekali cikgu masukkan serbuk cili Baba’s.
  3. Kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari timbang asli dari Kelantan. (Nak guna jenama apa dari sana pun terpulang). Ini juga rahsia gulai cara cikgu masak. Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan.
  4. Seterusnya masukkan pula secawan air asam jawa. Secubit asam jawa + secawan air kosong tau.
  5. Masukkan perasa peringkat pertama; 1/2 relung nisse kampung (manisan) dan secubit dua garam bukit. Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak. Langkah ini pun penting untuk pastikan rupa gulai cantik.
  6. Boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih. Balik-balikkan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan ia mereneh selama 20 minit.
  7. Masukkan dua sudip santan kotak / pekat. Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.
  8. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai. Tips menambahkan rasa sedap gulai.
  9. Masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api selepas rasa sebati.
Baca juga :  Cara yang betul untuk memilih ayam sebelum dibeli

Selamat mencuba semua. Boleh ikuti fb cikgu untuk rahsia masakan lain yang sedap. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.