Patut la ramai yang cuba buat Tauhu Berlauk ni. Sedap rupanya .Anak-anak pun suka ratah macam tu je. Lain kali boleh buat lagi. Terima kasih Puan Nurul Zainal kerana berkongsi resepi ini.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • *Tauhu telur 3 tiub.
  • *Tauhu putih 3 ketul.
  • *Telur Ayam 3 biji.
  • *Isi ayam 2 ketul bahagian dada.
  • *Kiub ayam 1 ketul.
  • *Garam sedikit

Kisarkan semua bahan yang bertanda * sampai halus. Bahan dibawah disediakan seperti biasa.

  • Carrot potong dadu.
  • Bawang Holland potong dadu.
  • Daun sup potong halus.
  • Serbuk Lada hitam sesudu teh.

Cara menyediakannya adalah seperti berikut:

  1. Masukkan dalam acuan dan kukus dalam 5 hingga 10 minit je.
  2. Pecah 3 biji Telur, celup Tauhu tadi dan goreng sehingga warna bertukar menjadi kekuningan.

Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.