Yuhuuuu. Rindu nak share resepi dekat korang ni. Breakfast tadi cheyah ketuk-ketuk kuali buat nasi goreng kampung campak-campak terus sedap sengoti. Ajommm kita layan cara buatnya yang simple begini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 mangkuk nasi putih.
  • Sejemput ikan bilis.
  • 1 ketul isi ayam potong dadu.
  • 1 biji bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 6-7 biji cili padi (cheyah guna cili hijau je).
  • 1/2 inci belacan (dibakar dulu).
  • 4-5 batang kangkung.
  • Secubit garam.

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tumbuk semua bawang, cili padi dan belacan. Tumiskan guna minyak yang digoreng ikan bilis tadi.
  3. Dah garing, masukkan ayam. Goreng sehingga masak baru masukkan kangkung. Tambah secubit garam.
  4. Campak nasi putih. Gaul bagi sebati dan rasa pun sama. Baru taburkan ikan bilis yang digoreng tadi.
  5. Dah siap! Boleh makan dengan sambal belacan, timun, keropok dan telur mata.

Selamat mencuba.