Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kerabu Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang sebagai pembuka selera anda semasa berbuka nanti. Selamat mencuba.

Ini bahan-bahannya:

  • 250 gram taugeh, 500 gram isi kerang dan pucuk paku yang telah dicelur.
  • Sedikit belacan ditumbuk.
  • 2 biji cili merah juga ditumbuk.
  • 10 biji cili padi juga ditumbuk.
  • 2 biji limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  • 1 biji bawang besar dan dihiris.
  • 2 sudu besar kerisik.

Cara membuatnya:

  1. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan hiris dan bahan-bahan tumbuk dalam mangkuk. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  2. Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian digaulĀ  sebati sekali lagi.
  3. Siap dan bolehlah dihidangkan.