Resipi dan cara untuk membuat Caramel Custard Puding dalam bekas kecil!

Resipi dan cara untuk membuat Caramel Custard Puding dalam bekas kecil! Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Hazila Baharudin. Selamat mencuba.

Bahan gula hangus:

  • 3/4 cawan gula (hampir penuh).
  • 1 cawan air panas.

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana sehingga gula cair keperangan (sentiasa kacau).
  2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
  3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan 1 sudu makan gula hangus ke dalam bekas dadih.
  5. Biarkan dan boleh sediakan bahan puding.

Cara Membuat Puding. Bahan puding:

  • 1 Paket agar-agar tali 20g.
  • 4 cawan air (dalam 750-800ml air).
  • 3 sudu makan tepung kastard.
  • 1 tin susu cair.
  • 1/2 tin susu pekat manis (saya kurangkan sebab suka kurang manis).
  • 1 sudu kecil esen creamy vanilla.
Baca juga :  Peminat jering mesti cuba resepi Gulai Jering terpadu ini!

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dan masak hingga sebati. Tapiskan kebekas lain.
  2. Sendukkan kedalam bekas dadih tadi.biarkan sejuk . Tutup bekas.
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sudah keras dan sejuk, bolehlah menikmatinya.

Kalau ikut sukatan semua bahan diatas akan dapat dalam 18-20 bekas dadih kecil. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.