Siap je masak tengah hari mak ngah mulakan misi untuk santapan petang nii. Harini mak ngah buat KEK PISANG versi mak ngah.

Apapun kejadiannya mak ngah gembira sebab anak & anak-anak fruits suka. Alhamdulillah rezeki hari ini. Dapatlah minum makan petang bersama-sama.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji telur ayam.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 cawan minyak.
  • 1 cawan gula coster.
  • 1 cawan pisang (pisang emas / berangan).

Cara-caranya:

  1. Blend telur & gula hingga kembang.
  2. Masukkan minyak & pisang.
  3. Masukkan tepung yang dah di ayak bersama soda bikarbonat & baking powder).
  4. Gaul bahan sehingga sebati & masukkan dalam bekas.
  5. Kukus dalam masa 45 – 50 minit.

Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan QasehAyu Hussain. Terima kasih.