Cara membuat Kek Cheesekut Hanya Menggunakan 3 Bahan Sahaja

Jom kita cuba buat Kek Cheesekut dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Insha Allah anda semua akan gembira menikmatinya bila dah siap.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azwaniza Wiwi. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Biskut Cheese / Biskut GandumĀ  atau apa-apa biskut pun boleh.
  • 250 gram Tatura cream cheese.
  • 1/2 tin Susu pekat.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan dan kisarkan Tatura cream cheese bersama 1/2 tin susu pekat sampai kembang dan tak berketul. Susun biskut dahulu untuk lapisan paling bawah kedalama bekas yang bersesuaian.
  2. Selepas biskut disusun, mulalah melapis berselang-seli dengan bahan krim yang telah dikisar tadi. Angaran dalam 2 – 3 sudu mengikut kebesaran bekas.
  3. Ulangi langkah diatas sampai biskut / bahan krim tadi habis. Untuk nampak menarik lapisan atas tu boleh la hias dengan Cheddar cheese / rice colour atau lebihan biskut yang dah hancur.
  4. Sejukkan dulu dalam freezer selama 2 jam dan bolehlah dihidang!
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Kek Cream Cheese yang paling sedap dan padu! Kalau jual mesti laku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.