Cara untuk membuat Kuih Tepung Kapur

Kuih tepung kapur kuih legend negeri pantai timur khasnya Terengganu dan sekitar Kampung Beserah Kuantan. Kuih yang mengimbau zaman kecik kami.

Biasanya mak akan rebus belah malam dan pagi esoknya kami akan sarapan dengan kuih ni. Nampak seperti kuih kaswi kan? Nampak je sama tapi bukan dia. Sambil sembang sambil kunyah best tau. Nah kami kongkikan Resepi Kuih tepung kapur oleh Puan Tahrunnisah Jali. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 1/2 cawan air*.
  • 2 keping ‘nisang’ atau gula melaka *.
  • 3 atau 4 sudu besar gula ikut kemanisan yang ada suka*.
  • 1 sudu air kapur dan sedikit garam.
  • Kelapa parut dan sedikit garam – untuk digaul sebelum dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Siput yang sangat rangup. Kuih legend zaman berzaman!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus nisang, air dan kalau ada daun pandan simpul bagi wangi. Rebus hingga nisang / gula melaka hancur. Tutup api dan biarkan air gula tu sejuk.
  2. Masukkan tepung gandum dalam bekas dan masukkan air gula ‘nisang /g ula melaka’ dalam bekas gandum. Kacau sebati dan masukkan air kapur dan garam kacau sebati. Saya akan taruk sedikit demi sedikit hinggalah dapat adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat macam buat cekodok gandum tu.
  3. Masukkan adunan dalam plastik tahan panas atau ada juga orang kukus. Tapi kebiasaannya memang orang kampung akan rebus dalam plastik tahan panas macam kita rebus ketupat nasi tu.
  4. Rebus sehingga masak biasanya dalam 40 minit hingga 1 jam. Biarkan sejuk. Dah sejuk baru boleh potong nipis dan gaul kelapa yang ditaruk dengan sedikit garam. Siap untuk dihidang dan dimakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur Garing Rangup berserta Tips. Menu sarapan dan minum petang yang sempurna

Selamat mencuba ya. Share tau supaya ramai dapat manfaatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.