Cheyah kan dah show menu penghabisan stok semalam kan kan. Inilah dia daging korban yang berbaki dalam peti ais. Cheyah buat goreng kunyit. Jom ikuti step paling ringkas goreng daging kunyit cheyah punya style.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500g daging lembu (dipotong kecil).
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (jika suka).
  • 1/2 biji bawang besar.
  • 3 biji cili padi.
  • 5 biji kacang buncis.
  • 1 cawan air putih.
  • Sedikit minyak masak.

Cara penyediaannya:

  1. Tumbukkan bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat. Masukkan ke dalam daging. Tambah serbuk kunyit dan air. Panaskan atas kuali.
  2. Masak dengan api yang sederhana sehingga air daging tersebut kering. Bila dah kering, tambahkan garam dan minyak.
  3. Boleh masukkan bahan hiasan seperti bawang, cili dan kacang buncit. Gaul sebati dan dah ready to eat!

Nota: Cheyah letak garam last sebab tak nak daging lambat masak atau liat dan terlalu masin. Jika ingin nampak hitam boleh titikkan kicap sedikit. Baru menawan gitew. Selamat mencuba!

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.