Cara membuat Choco Jar yang sedap

Kami kongsikan kepada anda cara lengkap untuk membuat Choco Jar. Anak-anak pasti suka. Bahan-bahan pun senang nak disediakan dan mampu beli. Menurut pemilik resepi ini iaitu FashaFer Mazmy;

Ini cara saya, bole ja try uollss, tak sangka dapat sambutan untuk jualan.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Bubble Rice. Panggang dalam oven sampai kekuningan. Gunakan suhu lebih kurang 160 darjah dalam masa 7 minit megikut oven masing-masing. Kalau takde oven boleh sangai dalam kuali macam biasa. Bila dah siap bakar/sangai biarkan ianya sejuk seketika.
  • 500gm Dark Compound Choc. Saya guna jenama Beryl’s.
  • 200gm Milk Compound Choc.
  • 1 cawan minyak masak. TAK BOLEH ganti dengan marjerin atau butter nanti coklat akan mengeras.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bancuhan Tepung untuk pisang goreng yang paling rangup dan tak serap minyak!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali Bubble rice.
  2. Cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler dan sejukkan.
  3. Selepas Bubble rice dan adunan coklat cair tadi sejuk baru gaulkan kedua-dua bahan bersama.
  4. Simpan dalam botol kedap udara dan boleh dimakan pada bila-bila masa.

Peringatan. Jangan gaul semasa panas kalau tidak Bubble Rice tadi akan lemau. Selamat Mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.