Resepi Cencaru Bakar Tempoyak. Gilerr rasa resepi ni sebab kurang orang bakar letak tempoyak. Tapi bila cheyah cuba. MasyaAllah sedap namatey. Ngam rasa dia. Kalau korang tak suka tempoyak janganlah cuba dan kecam ye.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor ikan cencaru.
  • 1 sudu tempoyak.
  • 3 biji cili padi.
  • 2 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sedikit garam.

Cara penyediaannya:

  1. Tumbukkan bawang dan cili sehingga lumat kasar. Masukkan tempoyak. Tambah garam.
  2. Belah ikan cencaru dari atas. Masukkan bahan tadi dan balut dengan daun pisang.
  3. Bakar sehingga masak. Dah siap! Senang namatey.

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.