Cara membuat Nugget Homemade Tempura

Tengok pada status kawan-kawan, nampaknya ramai yang sedang melayan gelombang 11.11 di platform S dan L sekarang. Hati-hati bawa troli di sana ya awak!

Siapa-siapa yang masih ada di Facebook tu, apa kata kita layan resipi nuget ala tempura mommy Aisyah ini dulu sebelum ke sana. InshaAllah senang saja buatnya. Ya sedap, orang tersayang pun pasti suka!

RESIPI HOMEMADE NUGET ALA TEMPURA. Gitu.

Bahan bahan yang diperlukan adalah:

  • Isi ayam ( saya guna 3 keping bahagian dada)*.
  • 2 biji telur *.
  • 1/2 bawang merah besar (bawang kecil pun boleh) *.
  • 3-4 ulas bawang putih *.
  • 5 sudu kecil tepung ubi *.
  • Tepung serbaguna (saya guna tepung Bestari).
  • Butter (apa apa jenis boleh).
  • Sedikit garam dan serbuk lada hitam. *
Baca juga :  Cara membuat Cheezy Potato Wedges bersama Sos Keju Ala-ala KFC
Selepas kukus

Cara-cara untuk menyediakanya:

  1. Kisar semua bahan bertanda* = isi ayam, telur, bawang, tepung ubi, garam dan serbuk lada hitam. Untuk baby 2 tahun ke bawah tak perlu letak garam dan serbuk lada hitam. Boleh tambah sayur-sayur untuk lebih khasiat. Nasi pun boleh jika jenis susah makan nasi. Nyumnyum. Baby mesti suka!.
  2. Dah siap kisar semua bahan. Sediakan loyang yang sesuai. Plastik tak sesuai. Sapu nipis butter pada permukaan dalamnya. (Untuk elak isi nuget melekat.) Masukkan semua bahan kisaran tadi. Ratakan.
  3. Kukuskan sehingga masak.
  4. Dah siap kukus bermaksud Masak sudah. Potong ikut bentuk yang di sukai. Tak kisah bentuk bulat atau empat segi, bentuk bunga pun boleh. Bentuk ‘I Love You’ lagi boleh. Sweet ngat.
  5. Kemudian bancuh tepung serbaguna dengan sedikit air. Tidak terlalu pekat, tidak juga terlalu cair. Macam nak goreng pisang tu.
  6. Masukkan ketulan nuget tadi. Pastikan tersalut semua permukaan, dan goreng! Jika mahu nuget ‘crunchy’ macam nuget biasa boleh golek di atas serbuk roti dulu sebelum menggoreng.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Nasi Carrot yang akan menaikkan selera anda sekeluarga.

Siap! Kiri dengan serbuk roti. Kanan tanpa serbuk roti. Terus goreng lepas salut tepung tadi. Ala tempura gitu. Selamat mencuba dan berbelanja!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul’ain SMZ, Terima kasih puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.