Chessy chicken ball ni memang sedap makan panas-panas. Anda semua boleh la cuba. Konfem tak menyesal masak. Bahan yang diperlukan pun mudah untuk didapati. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang holland.
  • Bawang putih.
  • Sos kimball setengah botol je.
  • Cheddar cheese slices keping 4 keping.
  • Mozarella cheese. Aku guna yang jenis blok. Potong kecik-kecik je. Jangan guna sampai abis plak.
  • Mozarella jenis sagat anchor.
  • Chicken or meatball Ramly.
  • Pasley Herbs.

Cara untuk membuatnya:

  1. Minyak jgn lupa ya. Tumis bawang putih dan holland dulu.
  2. Dah agak naik bau bawang masukkan chickenball. Sebatikan chickenball dengan bawang tadi dan biarkan chickenball sampi agak-agak masak.
  3. Tuang sos setengah botol sebatikan dan biarkan sampai mengeleggak. Boleh pakai brand Preggo atau apepon.
  4. Masukkan Cheddar cheese dalam 4 keping. Letak atas chickenball je. Jangan digaul.
  5. Masukkan Mozarella blok yang dipotong dekat bahagian tepi-tepi dan tengah. Tabur mozarella yang disagat.
  6. Biarkan sampi semua cair dalam 5 minit. Siap! Akhir sekali tabur Parsley.
  7. Saya tak letak garam sebab rasa dah cukup sempurna. Jangan lupa secawan air putih bersih buat lega tekak ye.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noor Zain. Terima kasih.