Ada yang suka apam mekar telur sebiji tanpa air soda? Meh saya kongsikan Resepi daripada sumber youtube. Kalau ada yang nak cuba buat silalah Gerenti sedap dan menjadi. Selamat mencuba ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji telur yang tak sejuk.
  • 200 gram gula.
  • 250 gram tepung gandum.
  • 100 ml air.
  • 100 ml santan kotak.
  • 1 sudu teh ovalet.
  • Esen vanila.

Cara-cara membuatnya:

  1. Mixerkan telur, gula dan ovalet sampai menjadi putih gebu.
  2. Masukkan tepung dengan santan yang disatukan dengan air secara berselang seli.
  3. Mixkan lagi hingga sebati dan putih gebu. Kemudian masukkan coklat rice gaul sebati dan masuk dalam acuan.
  4. Kemudian kukus lebih kurang 20 minit. Nak letak pewarna pun boleh lagi cantik. Yang penting panaskan kukusan terlebih dahulu dan penutup periuk balut dengan kain ya.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Lydia Na. Terima kasih.