Bakso Indonesia request by my mom. Resepi ni original dari orang indo ye. Saya guna bebola daging segera je. Kalau nak sedap boleh guna bebola daging jenama mohd armiya @ ramly lebih sedap dan terasa dagingnya.

Ni saya kongsi kan resepi kuah bakso indonesia. KUAH BAKSO INDONESIA untuk 10 orang makan.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Tulang daging RM10.
  • Bebola daging.
  • 2 biji bawang merah dihiris.
  • 2 batang serai dititik (tak nak letak pun takpe).
  • 1 helai daun pandan(tak nak letak pun takpe).
  • 1 1/2 kiub pati daging.
  • Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa).
  • Garam secukup rasa

Bahan dibawah ini perlu dikisar bersama.

  • 2 biji bawang.
  • 6 ulas bawang putih.
  • 3 @ 4 biji buah keras.
  • 1 inci halia.
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 sb serbuk lada sulah.

Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.

Cara-caranya:

  1. Rebus tulang daging selama 30 minit. Lagi lama lagi sedap.
  2. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend @ tumbuk, pandan dan serai titik.
  3. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
  4. Perasakan dengan garam dan ajinomoto @ maggi cukup rasa.
  5. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap !

Boleh makan dgn bihun, mee, kuey teaw. Resepi cili kicap ada di gambar. Selamat mencuba. Boleh share ya resepi ni. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ekynn Aziz.