Pekena air teh ni time panas-panas nie memang betul-betul kaw. Buat sendiri lagi bagus. Mudah jer cara sediakan. Jom share resepi nie. Terima kasih kepada page Port Makan kerana berkongsi resepi yang sedap ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Teh serbuk.
- Susu full cream.
- Gula (ikut sukatan yang korang nak buat).
- Buah pelaga/kayu manis atau cengkih.
- Cincau.
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
- Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
- Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
- Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
- Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
Selamat mencuba.