Cara-cara untuk membuat Minum Kopi Ais, Nescafe Ais dan Milo Ais yang sangat padu dan kaw!

Resepi Nescafe Ais kaw:

  • Nescafe 3 sudu.
  • Susu pekat ikut selera anda nak manis mana.
  • Air setengah gelas ,jangan banyak nanti air tak kaw.

Cara membuatnya:

  1. Kacau lama-lama kesemua bahan diatas kemudian masukkan ais dalam plastik.
  2. Tuang air nescafe tadi. Ikat letak straw dah siap boleh minum. Boleh juga letak susu cair untuk bagi rasa lemak.

Resepi Milo Ais kaw:

  • Milo 4 sudu.
  • Susu pekat ikut selera anda nak manis mana.
  • Air setengah gelas ,jangan banyak nanti air tak kaw.
Baca juga :  Cara untuk membuat Air Cendol dengan mudah. Puas makan sendiri!

Cara membuatnya:

  1. Kacau lama-lama kesemua bahan diatas kemudian masukkan ais dalam plastik.
  2. Tuang air nescafe tadi. Ikat letak straw dah siap boleh minum. Boleh juga letak susu cair untuk bagi rasa lemak. Boleh juga letak susu cair atau fresh milk. Nanti ada la rasa ala-ala air kotak.
  3. Dan lagi 1 kalau nak buat neslo just tambah 2 sudu nescafe. Milo kurangkan jadi 3 sudu.

Resepi Kopi ais kaw:

  1. Rendam 2 @ 3 sudu serbuk kopi. Biar sampai nampak pekat.
  2. Tapiskan air kopi tadi. Kemudian campurkan susu pekat ikut selera nak manis mana. Kalau terlampau pekat boleh tambah air suam.
  3. Masukkan ais dalam plastik dan tuang kopi tai ikat tepi letak straw. Boleh tambah susu cair kalau suka.
Baca juga :  Dahaga tak? Jom pekena Teh Tarik Vanilla / Teh Ais Vanilla yang kaw-kaw sedapnya!

Resepi diatas telah dikongsikan oleh Puan Miz Juejue. Selamat mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.