Ya Allah pergi pasar kebetulan jumpa pula terung haluih macam peha burung puyuh ni. Punya geram terbeli jugalah saya pun sebab cute sangat. Maka tergorenglah terung ni makan dengan sos macam tu je. Tak dan nak makan dengan nasi nak oiii dah habis ngap pun. Jom kita cuba resepi yang disediakan oleh Puan Cik Sue Zakaria. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan mudah sahaja:
- Tepung bestari yang pedas.
- Tepung gandum.
- Tepung jagung.
- Lada sulah.
- Terung comel.
- Inti tuna. Boleh ikut selera nak jenama apa.
Semua bahan di atas ni sukatanya ikut selera dan kehendak anda. Bebas berkarya dalam memasak.
Baca juga : Cara untuk membuat Sambal Terung Berlada Ikan Bilis Garing. Mudah dan Pantas disediakan.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Gaul dan kacau tepung tadi agak-agak pekat je. Jangan cair sangat ye.
- Sumbat terung yang dah dibelah dua dengan tuna. Sebarang tuna pun tak apa mengikut selera anda.
- Celup lah terung tadi dalam tepung yang dah di bancuh tadi.
- Panaskan minyak dan goreng. Bila dah siap angkat dan toskan. Sedap weh! Cicah dengan sos dan mayonis sekali memang padu.
Selamat menjamu selera.