Resepi Kuah Lemak Lontong

Alhamdulillah Kuah lontong in the house. Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuah Lemak Lontong ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan kuah lemak lontong:

  • 1/4 biji kubis.
  • 1 batang carrot – potong panjang.
  • 9 batang kacang panjang.
  • 1 ikat soo hoon.
  • 1 keping fucuk – potong panjang.
  • 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu.
  • 2 batang serai – ketuk.
  • 1 cawan udang hidup.
  • 1/2 biji kelapa parut.
  • Garam gula secukup rasa.
  • Serbuk kunyit.
  • Bahan kisar:
  • 8 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 inci halia.
  • 2 sudu besar udang kering.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi impit Goreng / lontong darat yang akan memikat selera anda sekeluarga. Gerenti Sedap!

Cara-cara menbuatnya:

  1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
  2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
  3. Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
  4. Masukkan kunyit sampai warna nmpk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.
  5. Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.