Sayur Masak Lemak Kelantan yang ringkas dan enak ni pasti akan membuatkan anda menambah nasi kemudian!

Sayur lemak senang je nak buatnya. Sedap makan dengan ikan kering atau ikan rebus goreng. Ada budu dan nasi panas, mak mertua duk sebelah pun tak peduli.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Iryani Zaki. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. Ikan rebus kembung atau selar atau selayang.
  2. 5 biji bawang merah.
  3. 1 ulas bawang putih.
  4. Sejemput Lada hitam.
  5. Sayur- sayuran seperti kobis, terung, petola sawi dan kobis bunga.
  6. Garam secubitnya.
  7. Santan pekat mengikut kepekatan yang dikehendaki.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus ikan selayang. Saya letak asam keeping, Garam dan nisang (gula kabung). Sebab rebus ikan untuk goreng sekali.
  2. Kupas bawang dan tumbuk bersama Lada hitam dan ikan rebus yang dibuang tulang sehingga lumat.
  3. Panaskan periuk/ kuali. Letak bahan santan dan sedikit air.
  4. Biarkan menggelegak dengan api sederhana baru letakkan bahan yang ditumbuk. Perlu dikacau supaya santan tidak berketul.
  5. Masukkan sayuran dan kacau seketika. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Tutup api, dan kacau seketika untuk elakkan santan berketul.
Baca juga :  Cara membuat Paratha inti Ketam 2 bahan sahaja yang sangat mudah untuk disediakan.

Goreng ikan rebus ,budu dan nasi panas. Dah siap sayur masak Lemak Kelantan yang sedap. Cukup nutrisi untuk anak- anak. Sila share resepi yang simple dan sedap ni.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.