Resepi Spaghetti Carbonara Versi Express, Campak-Campak Dah Siap!

Resepi spaghetti carbonara ini mudah disediakan dan sedap, hanya mengambil masa 30 minit untuk memasak. Sesuai untuk disajikan kepada tetamu secara last minute. Menu ini dijamin disukai oleh semua orang, dari kanak-kanak hingga dewasa.

Bahan-bahan:

  • 1 pack (500 grams) spaghetti.
  • Butter & olive 0il (untuk menumis).
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu.
  • 1 labu bawang putih dihiris halus.
  • 4 ke 6 batang cili padi dihiris halus.
  • Protein (dada ayam/udang/beef pepperoni/salami).
  • 1 tin button mushroom.
  • Capsicum (kalau suka).
  • 1 tin Prego cheese & herbs (kuning) & 1 tin Prego Sauce Carbonara Mushroom (biru).
  • 1 tin Full cream dutch lady (guna je tin prego utk sukat).
  • 1 kotak kecik cooking cream.
  • 2 senduk air rebusan pasta.
  • 1 kiub ayam.
  • Garam & blackpepper.
  • Italian mix herbs.
Baca juga :  Resepi Spageti Carbonara Creamy

Cara memasak:

  1. Rebus spaghetti sehingga lembut mengikut tempoh masa yang dinyatakan pada peket. Simpankan sedikit air rebusan dan toskan spaghetti.
  2. Cairkan butter bersama olive oil. Tumis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
  3. Kemudian, masukkan protein dan gaul seketika sehingga masak.
  4. Seterusnya, masukkan cendawan dan gaul sebati.
  5. Tuangkan pula sos prego, susu segar, cooking cream dan air rebusan pasta.
  6. Selepas itu, letakkan kiub ayam, garam, blackpepper dan italian mix herbs secukupnya.
  7. Boleh ubah suai kepekatan sos menggunakan susu segar. Jika suka berkuah, tambah lagi susu. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ayu Mashruddin via Masak Apa Hari Ni

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.