Resepi Sambal Tahun. Makanan kegemaran masyarakat Jawa yang pastinya menyelerakan!

Berdiri bulu romaku. Inilah salah satu masakan orang jawa yang terkenal kepedasannya. Makin lama di panaskan makin mabeles orang kata. Memang tak jadi makan kalau saapa tak berani. Jangan main-main kesedapan dia mau makan bertahun. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Qaseh Aafiyah. Selamat menjamu selera.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kilogram cili api.
  • 2 kilogram kerang direbus dan dikopek kulitnya.
  • Ikan bilis mengikut selera anda nak banyak mana.
  • 4 ulas Bawang merah besar dimayang.
  • 6 ulas Bawang putih.
  • 1 inci Lengkuas.
  • Santan secukupnya.
Baca juga :  Resepi Mayonis Parsley dan Sos Bawang Putih Homemade

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus cili api kemudian buangkan tangkainya atau nak buang tangkai dulu sebelum rebus pun boleh. Rebuskan juga Lengkuas.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, ikan bilis dan cili api. Masukan santan secukupnya dan rasa sebati semuanya. Bila dah puas hati, masukan kerang. Masukan garam dan serbuk perasa jika perlu.
  3. Masak seketika dan dah siap.

Apa lagi ambil nasi panas-panas, ikan goreng terus ngappp. Tak nampak dah orang belakang. Esok panaskan lagi sambal ni, kalau kurang santan, masukkan santan lagi pastu tambah lagi kerang kalau nak. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Ayam Percik Putih Asli Kelantan. Menu popular di Pantai Timur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.