Mesti ramai yang mencari bahan kudapan selepas berterawih. Apa kata anda semua cuba buat Salted Egg Cornflakes ni. Silap-silap boleh jadi menu kuih Hari Raya anda nanti. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 500 gram Cornflakes.
- 100 gram Butter / majerin.
- 4 tangkai daun kari.
- 4 tangkai cili padi dan digunting halus.
- 4 biji telur masin. Ambil bahagian kuning sahaja.
- 2 sudu besar gula.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
- Panaskan butter dalam kuali. Masuk cili padi dan daun kari. Masak hingga bertukar warna sedikit.
- Masuk gula dan telur masin bahagian kuning tadi. Kacau sebati. Masuk conflakes. Gaul hingga cornflakes bersalut elok. Tutup api.
- Panaskan Air fryer / oven. Masukkan cornflakes bersalut tadi ke dalam. Bakar dalam 5 minit suhu 160 darjah atau hingga golden brown. Keluarkan dari fryer / oven dan biarkan seketika sejuk menggunakan suhu bilik. Jangan sejukkan dibawah kipas nanti cepat lemau.
- Dah boleh masuk bekas kedap udara.