Resepi Kek roti chocolate dengan menggunakan Roti Gardenia sahaja.

Yey! Kek roti chocolate ni jadi dengan jayanya. Phewww. Nervous betul tunggu masak. Boleh la rajin buat bila agak2 nampak roti dah nak expired kan. Hihi.

Kek ni nampak macam tinggi kalori okay, sehari sepotong cukuplah untuk yang tengah diet tu. Dan resepi ini adalah pilihan lebih baik untuk anak-anak daripada kek biasa insyaAllah. Ok yang nak try buat, boleh baca resepi dekat bawah okay. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sharinaz Redwan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 bungkus roti Summerset Gardenia – koyak2.
  • 1 cawan tepung wholemeal/oat.
  • 5 biji telur.
  • 1/2 cawan coconut oil / olive oil.
  • 1/2 cawan madu – kalau tak cukup manis boleh tambah.
  • 1/2 cawan air.
  • 3 tbs unsweetened cocoa powder.
  • 1 tsp baking powder.
  • 1 tsp soda bikarbonat.
  • Chocolate chunky (untuk topping).
Baca juga :  Kacang Goreng Pedas guna 4 bahan sahaja. Kudapan raya yang laku keras!

Cara-cara membuatnya:

  1. Blend telur, lepas tu masuk madu, coconut oil, blend.
  2. Masuk roti, blend lagi. Sampai roti hancur. Boleh tambah air sikit-sikit.
  3. Masuk tepung wholemeal, cocoa powder, baking powder, soda bikarbonat, blend lagi.
  4. Letak baking paper dalam tray, tuang adunan, boleh tabur chocolate chunky. Ikut suka la nak tabur apa okay.
  5. Bakar sejam, suhu 180°c atau ikut suhu oven masing2 okay.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.