Resepi Sambal Hitam menggunakan Tomato yang menyelerakan. Rasa sekali pasti bertambah nasi.


Kalini kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Sambal Hitam Tomato. Biasanya sambal hitam ni dibuat menggunakan belimbing buluh dan ianya agak popular di Negeri Pahang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Kata beliau;

SAMBAL HITAM TOMATO ni ambil masa 4 jam juga nak disiapkan dan untuk sambal ni betul-betul kering. Haru juga berdiri lama. Sedap ada rasa masam manis pedas. Semua secukup rasa. Boleh la siapa yang nak rasa dan cuba buat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg tomato cherry atau tomato biasa.
  • 300 gram ikan bilis dicuci bersih dan ditumbuk kasar.
  • 3 labu bawang merah besar.
  • 3 genggam cili padi.
  • 3 sudu besar kicap pekat.
  • Garam, gula dan ajinomoto.
  • Minyak untuk menumis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh. Pembuka selera yang paling power!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan buah tomato cherry dalam kuali dan masak tanpa minyak sehingga tomato lembik dan kering airnya.
    Kisarkan bawang merah besar dan cili padi hingga hancur, kemudian tumis sehingga garing.
  2. Masukkan ikan bilis yang telah dicuci bersih dan ditumbuk kasar, gaul rata kesemua bahan-bahan yang ada.
  3. Masukkan tomato cherry yang telah kering tadi bersama kicap pekat, masak sambal sehingga kering.
  4. Sejukkan sambal dan simpan dalam bekas bertutup. Sedap makan dengan nasi panas.

Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Belacan yang paling syahdu disebabkan kesedapnya yang tak terhingga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.