Cara untuk membuat Udang Goreng Butter Nestum yang sangat rangup dan menyelerakan.

Kali ni kami nak kongsikan cara untuk membuat Udang butter nestum yang telah dibuat oleh Puan Rosni Musa. Kata beliau;

Mr. Hubby ke pasar borong belikan udang laut tadi. Apalagi kita masak la ala-ala kat restoran seafood.  Kesukaan si bongsu segala yang berkaitan dengan udang. Yang ada alahan tengokkan je. Jom kita tengok resipi step by step dan bahan yang diperlukan. Mudah sangat nak membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2kg udang.
  • 3 sudu besar butter.
  • 2 ulas bawang putih dicincang.
  • 2 biji cili api diracik.
  • Tepung jagung.
  • Lada sulah.
  • Daun kari.
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • Sedikit gula.
Baca juga :  Mee goreng Sotong ni memang padu beb. Kalau tak percaya cubalah. Tengok gambar pun dah tau sedapnya!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan udang ke dalam bekas. Taburkan garam.
  2. Kemudian, masukkan lada sulah dan diikuti dengan tepung jagung.
  3. Gaul rata semua bahan-bahan tersebut.
  4. Panaskan minyak, dan goreng udang sehingga garing. Goreng sekejap jer dengan menggunakan api besar. Kemudian angkat dan toskan.
  5. Kemudian, dalam kuali yang lain panaskan butter. Masukkan bawang putih, cili api & daun kari. Tumis sehingga naik bau.
  6. Kemudian masukkan nestum. Kacau rata. Masukkan juga Maggi Cukup Rasa, Sedikit gula dan kacau lagi biar rata.
  7. Last sekali masukkan udang. Gaul sehingga nestum menyelaputi udang.
  8. Kemudian boleh la diangkat dan hidangkan.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk Membuat Cucur Udang yang Rangup bersama Sos Pencicah Istimewa

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.