Resepi Nasi Ayam Paling Mudah dan paling sedap! Kombinasi rasa yang sangat lengkap dan padu!

Resepi nasi ayam paling mudah. Yang penting sedap dan tambah berkali-kali. Resepi  ini anggaran untuk 8 orang makan ya. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam seekor dibelah 4.
  • 1 cm halia.
  • 3 ulas bawang putih.
  • Seketul kiub ayam.

Rebus ayam dalam air panas mendidih 7 hingga 8 minit. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub ayam. Air rebusan ayam jangan buang nanti kita nak gunakan untuk nasi dan sup. Angkat ayam kemudian sapukan:

  • Setengah cawan sos tiram.
  • Suku cawan kicap lemak manis.
  • 1 sudu makan minyak bijan.
  • 2 sudu mkn madu

Bila dah sapu semua, toskan ayam menggunakan tapis selama 1/2 jam bagi ayam kering supaya masa menggoreng nanti minyak tak meletup dan kulit ayam cantik berkilat.  Air perapan tadi jangan buang. Nanti nak guna untuk kicap ayam.

Bahan-bahan Nasi:

  • Beras 3 pot.
  • 1 biji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.

Semua bahan dimayang halus.

  • 1 ketul Kiub ayam.
  • 1 sudu kecil garam.
  1. Cairkan 2 sudu butter (sy guna buttercup) Tumis bahan hirisan dgn daun pandan. Time ni aromanya naik sampai jiran sebelah sekali boleh bau.
  2. Masukkan kiub ayam. Sedikit serbuk kunyit untuk bg warna kuning-kuning sikit (saya tak masukkan sebab suka warna asli).
  3. Masukkan beras kacau sedikit dan biarkan sekejap, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
  4. Sukatan air mcm masak nasi biasa ukur pakai jari cuma saya lebihkan sedikit air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Acar Jelatah yang sangat ringkas tapi sedap. Hanya perlukan 5 minit sahaja.

Kuah Cili:

  • 10 tangkai cili merah (saya guna cili merah besar).
  • 5 tangkai cili kering.
  • Sebiji tomato.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sedikit halia (saya tambah).
  • 1 sudu kecil cuka.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil gula.
  • 1/2 cawan air

Blend cili merah, cili kering dengan tomato, halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula dan garam. Tambah sedikit air masak dengan api kecil sehingga likat.

Kicap ayam:

  • Gunakan air perapan ayam tadi. Nak pekat tambahkan sedikit tepung jagung.

Sup kosong:

  • Gunakan air rebusan ayam tadi, tambahkan bawang goreng dan taburkan sedikit daun sup. Siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Style Nasi Kukus. Rangup dan berjus ketika dinikmati!

Resepi ni sy buat untuk meniaga. Doakan sy sekeluarga dimurahkan rezeki selalu ye. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zue Zulin. Terima kasih puan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.