Cara untuk membuat Kek Butter Super Moist yang gebu, lembut dan paling mantap!

Resipi ni dari kawan kak beha. Kita improvise sikit ikut citarasa sendiri. Terima kasih halalkan ilmu kek ni ya. Moga pahala berpanjangan. Share sini resipi butter cake super moist nanti u all boleh buat. Memang sedap makan panas-panas. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sobehah Ramli.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 150gm Butter (cairkan) nak sedap guna pure butter.
  • 170gm Gula castor (kak beha tak suka manis sangat).
  • 210gm Tepung gandum (kak beha guna bakers choice).
  • 5 biji telor (grade A).
  • 50gm Ovallete.
  • 50ml susu full cream.
  • 1 sudu teh esen vanila.
  • 1/2 sudu teh baking powder.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Pandan Unicorn berwarna-warni. Bau kek ni bila masak memang membuka selera terus.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kesemua bahan disatukan dalam bekas kecuali butter dan Pukul (mixer) dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan menjadi gebu putih.
  2. Kemudian, masukkan butter yang di biarkan sejuk sekit dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sekata.
  3. Panaskan oven dalam 5 minit 160°c. Guna loyang 8 x 8. Dalam gambar saya guna loyang besar sikit.
  4. Alaskan dengan baking paper. Bakar selama sejam @ sehingga masak.
  5. Keluarkan dan terbalikkan atas redai dalam 10 minit untuk pastikan kek cantik. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Brownies Kedut

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.