Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Pavlova Cake menggunakan Air Fryer sahaja. Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Norzieana Mior Norahan;
Mama beli Buah Strawberry ni 1 kg 20 Ringgit. Besar-besar dan manis buahnya. Apa lagi, godek-godek le try buat pavlova versi AF. Menjadi dan sedap sangat. Bagi yang nak cuba dipersilakan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 4 biji putih telur.
- 1 cawan gula castor.
- 2 sudu tepung jagung.
- 1 sudu teh esen vanilla.
- 1 sudu teh cuka.
- Whipping Cream Non Diary
- Buahan seperti strawberry dan kiwi.
Cara membuatnya:
- Putarkan putih telur hingga berbuih.
- Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar lagi.
- Masukkan tepung jagung, esen vanilla serta cuka. Putar lagi sehingga bertanduk.
- Masukkan adunan kedalam cup kertas dah bakar pada suhu 160 darjah selama 15 minit.
- Bila dah siap, kelukarkan dan hiaskan atas pavlova tadi dengan Whipping Cream dan buah-buahan.
Selamat mencuba.