Resepi dan cara untuk membuat Kek Red Velvet Moist Cheese. Bila dah siap memang laju je habis!

Sebelum ni sis pernah share kek coklat cheese moist buruk. Kali ni sis nak share red velvet moist cheese yang buruk tapi moist sangat! Tak muak & tak sempat sejuk dah licin sebab susah nak stop makan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Eiza Musa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan Resepi Red Velvet moist Cheese:

  • 3 biji telur gred B.
  • ½ cawan gula.
  • Setitik esen vanilla.

Pukul telur sampai kembang dan putih. Bila dah putih, boleh la letak bahan dibawah;

  • ½ cawan susu full cream – sis guna dutch lady.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 1 sudu besar cuka masakan.
  • ½ cawan minyak.
  • Pewarna merah – sis sukat guna penutup pewarna tu ( 2 tutup ).
Baca juga :  Resepi Blueberry Cheesecake

Pukul sebati lagi semua bahan tadi. Bila dah sebati, boleh letak bahan dibawah tapi mestikah diayak dulu;

  • 1 ½ cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar serbuk coklat.
  • 2 sudu besar horlick.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1 sudu kecil baking powder.

Kacau dan kaup bagi adunan sebati je. Jangan pukul terlalu lama. Bila dah sebati letak adunan dalam acuan/loyang. Ss guna loyang saiz 6.

Bahan Untuk adunan cheese:

  • 60gram cheese.
  • 1 sudu besar susu pekat.
  • 1 sudu besar gula.
  • 2 sudu besar tepung.
  • ⅓ cawan susu full cream.

Cara membuatnya:

  1. Pukul semua bahan ni sampai sebati & lembut.
  2. Bila cheese dah lembut, tuang je adunan cheese ni atas adunan kek tadi.
  3. Letak guna sudu atau senduk. Buat setompok-tompok dan carik guna lidi bagi dia bercorak. Masa ni cheese memang akan nampak tenggelam. Tapi jangan risau. Nanti dah kena air kukusan yang panas tu, dia akan naik sendiri.
  4. Kukuskan selamat lebih kurang 45 minit atau sehingga masak guna api sederhana kecil.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Terung Berlada Ikan Bilis Garing. Mudah dan Pantas disediakan.

Dah siap. Nota: adunan ni masak serentak ye, bukan asing-asing. Adunan cheese & kek dimasak sekali. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.