Resepi mudah untuk membuat Apam perasa Tembikai. Meriah dan kesukaan anak anda!

Ia muncul lagi, watermelon lover tapi kalau macam ni rupanya bila belah buah tembikai boleh buah termenung juga, meriah naw dengan biji. Jom kita cuba resepi mudah untuk membuat Apam Tembilai. Meriah dan kesukaan anak anda! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norfazida Gda. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji telur (sejuk).
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar ovalet.
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla.
  • 1 cawan susu cair.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • Sedikit pewarna hijau dan merah.
  • Bijan hitam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Putar telur, gula, ovalet dan esen vanilla hingga kembang dan putih gebu. Masukkan susu cair. Putar lagi hingga sekata.
  2. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit, gaul kaup balik hingga sebati.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian, lebihkan satu bahagian. Bahagian yang banyak letakkan pewarna merah, satu bahagian letakkan pewarna hijau dan satu bahagian biarkan dengan warna asal iaitu putih.
  4. Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Taburkan bijan hitam secara berselerak ke dalam acuan untuk biji tembikai.
  5. Sendukkan adunan merah ke dalam acuan untuk isi tembikai. Sudukan pula adunan putih diatasnya. Kemudian sudukan adunan hijau di atas putih untuk kulit tembikai.
  6. Kukus selama 15 minit untuk acuan kecil dan 20-25 minit untuk acuan besar dengan api yang kuat. Sejukkan baru dikeluarkan dari acuan. Siap!!!
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Nestum Kelapa. Mudah dah paling disukai oleh kita semua. Cubalah!

Selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.