Cara-cara untuk membuat Nasi Hujan Panas semudah ABC. Kesedapan terjamin!

Cara-cara untuk membuat Nasi Hujan Panas semudah ABC. Kesedapan terjamin! Sambil-sambil kita melayan anak hujung minggu boleh la buat menu sedap untuk keluarga. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 1kg beras basmathi.
  • 1 tin susu cair.
  • 1.25 liter air.
  • 1 sudu besar chicken stock.
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.

Bahan-bahan Tumis:

  • Daun Pandan.
  • 1 cm halia | dihiris.
  • 1 ulas bawang putih | dihiris.
  • 2 biji bawang merah | dihiris.
  • 2 sudu makan marjerin.
  • 2 batang kulit kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 3 kuntum bunga cengkih.
  • 3 biji buah pelaga.
  • Sedikit kismis.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Cuci beras bersih dan rendamkan selama 1/2 jam. Toskan.
  2. Panaskan marjerin dan tumiskan kesemua bahan tumis sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan susu cair, air & chicken stock. Kemudian masukkan beras. Gaul rata.
  4. Biarkan nasi dimasak sehingga kering seperti biasa.
  5. Apabila nasi dah hampir masak, letakkan kismis, pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian tutup tudung periuk lebih kurang 5 minit.
  6. Matikan api & baru kaub balikkan nasi. Saya tukar je masuk dalam satu besen besar & gaul dalam tu supaya nasi tak patah. Dalam proses menukar tu dia akan jadi rata dengan sendirinya semua kaler tu.
Baca juga :  Teringin nak makan kek? Jom cuba Kek Marble Kampung ni. Mudah sangat nak buat rupanya!

P/S: Resepi ni untuk kami wajib ada acar nenas, ayam masak merah & sambal belacan. Alhamdulillah cukup lengkap semuanya harini.

#ShyaMasak #NasiHujanPanas
#ResepiNasiHujanPanas #ResepiHariIsnin
Kredit:Che Nor Shyazlinda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.