Resepi Lotus Biscoff Cheesecake yang Viral. Kesedapan terjamin

Cheesecake yg viral masa PKP. Senang je pembuatannya tapi sedap teramat. Bisscoff spread ni rasa mcm gula-gula kelapa yang plastik belang-belang kita duk makan masa kecik dulu. Lebih kurang macam tu la rasa dia. Ini resepinya saya dapat dari grup ni jugak tapi saya edit sikit. Silakan share. Resepi Lotus Biscoff Cheesecake. Gunakan Size loyang 8 inci tau.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Untuk Base:

  • 90 gm Butter unsalted.
  • 13 pcs Biskut lotus biscoff.

Cream cheese filling:

  • 500gm Cream cheese (suhu bilik).
  • 200ml Whipping cream.
  • 1- 2 sudu makan Icing sugar (terpulang).
  • 1 sudu teh Vanilla essence.
  • 2 sudu makan Lotus biscoff spread.

Topping:

  • 7 sudu makan Lotus biscoff spread.
  • 2-3 keping Biscuits lotus biscoff ( hancurkan untuk topping atas).

Cara-cara membuatnya:

Base:

  1. Hancurkan biscuits lotus. Masuk dalam plastik, ketuk-ketuk sampai hancur guna lesung batu. Sampai dia jadi semi fine.
  2. Masukkan dalam bowl & letak tepi. Cairkan butter dalam pan, then masukkan biscuits yang hancur tu dalam butter yang dah cair tadi.
  3. Then masukkan dalam loyang yang dah dilapik parchment paper. Tekan dan padatkan sebab base dia kena kuat.
  4. Masukkan dalam peti sejuk and proceed untuk buat cream cheese filling.
Baca juga :  Resepi viral Mozzarella Crunch Corndog

Cream Cheese Filling:

  1. Mix cream cheese guna mixer sampai kembang. Then masukkan vanilla essence, icing sugar, biscoff spread & mix lagi sampai sebati, letak tepi.
  2. Dalam mangkuk berasingan, mix whipping cream sampai kembang (whipping cream kena sejuk ya, kalau tak dia tak kembang).
  3. Then satukan dengan cream cheese tadi dan kaup balik guna spatula hingga sebati secara perlahan. Bila dah sebati, tuangkan kedalam loyang yang berisi base yang dah disejukkan tadi dan ratakan. Masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum membuat topping.

Topping:

  1. Selepas 3-4 jam, cairkan lotus biscoff spread dengan api kecil, kacau hingga cair, dan biar sejuk sikit.
  2. Tuang biscoff spread yang dah cair tu kat atas cream cheese. Masukkan semula dalam fridge untuk sejam dua lagi.
  3. Then bawa keluar, and taburkan biskut yang kita dah hancurkan. Hias ikut kreativiti masing-masing.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Apam Karamel yang sangat enak, lembut dan terbaik untuk anda cuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Anissa Mardhiah. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.