Kali ni kami nak share lagi kepada anda Resepi Kuih Siput Lemak Manis dan Kuih Siput Rangup. Kudapan lejen ni! Dah share 2 jenis resepi kuih siput tempoh hari tapi kali ni yang jenis lain pulak. Lebih sedap daripada biasa. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan bagi Kuih Siput Lemak Manis:
- 2 cawan tepung gandum.
- 2 1/2 sb gula castor.
- 1 sudu kecil garam halus
- 3 sudu besar marjerin.
- Air sejuk secukupnya.
Cara membuat Kuih Siput Lemak Manis:
- Campurkan tepung gandum, gula, garam & marjerin. Gaulkan bahan tersebut sehingga sebati semuanya.
- Kemudian campurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi.
- Bila doh dah sebati ( tak keras dan tak lembut & betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolelah gentel-gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
- Bila semuanya dah siap, panaskan minyak & goreng hingga keperangan. Sedap, rangup & lemak manis gitew
Bahan-bahan untuk Kuih Siput Rangup:
- 1 kg tepung gandum.
- 1 cawan marjerin.
- 1/2 cawan gula kastor.
- 3 sudu besar serbuk kari ikan / daging.
- 1 sudu kecil garam.
- 1 biji telur ayam.
- 1 kotak kecil santan (200ml).
- Sedikit air sejuk (kocak-kocak dalam bekas kotak santan tadi).
- Daun kari secukupnya.
Cara-cara membuat Kuih Siput Rangup:
- Satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang lembut.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
- Gentel-gentel doh menjadi bulat-bulat kecil sehingga habis & terap di atas acuan kuih siput.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan kuih siput tadi.
- Gorengkan dan bila kuih siput hampir nak masak, baru masukkan daun kari.
Selamat mencuba.