Ramai yang mintak resepi kueh Bingka/Bingkang pandan tepung gandum semalam yea. Nie haaa saya share resepinye Bingka/Bingkang pandan tepung gandum.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 cawan tepung gandum.
- 1 cawan gula pasir.
- 1 cawan air pandan.
- 4 cawan santan pekat.
- 5 biji telur.
- 3 sudu marjerin.
- Garam secubit.
- 2 titik pewarna hijau.
Cara membuatnya:
- Blender bahan hingga sebati sampai tak berketul-ketul.
- Sapukan loyang dengan sedikit marjerin supaya tak melekat. Masukkan loyang ke dalam Oven sekejap. Bila sudah panas loyang tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
- Jika suka tabur la bijan. Bakar 1 jam pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas bawah. Bila dah masak separuh tukar dengan api bawah sahaja dalam 15 minit.
- Bila dah sejuk baru boleh di potong. Selamat mencuba kekawan ye.
Resepi ini telah dikongikan oleh Puan Watie Aiman. Terima kasih.