Resepi Kepak Ayam Goreng Pedas-pedas manja yang akan dirindui dalam setiap gigitan!

Resepi Kepak Ayam Goreng Pedas-pedas manja yang akan dirindui dalam setiap gigitan! Anda pasti dapat merasai kesedapan yang terbaik di setiap gigitan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 ketul kepak ayam.
  • 1 sudu kecil cuka.
  • 1 biji telur (putih sahaja).
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • Minyak masak.

Bahan-bahan rempah:

  • 1½ sudu kecil chilli flakes.
  • 1 sudu kecil lada putih.
  • 1 sudu kecil Sichuan pappercorn.
  • 1 sudu kecil jintan putih.
  • 1¼sudu kecil garam.
  • ¼ sudu kecil gula.
  • 1 sudu kecil serbuk paprika.

Kalau Sichuan pappercorn tidak ada boleh digantikan dengan serbuk lada hitam. Campurkan kesemua BAHAN REMPAH dan Gaulkan.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Cuci kepak ayam sehingga bersih dan tapiskan. Sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan kepak ayam, cuka dan 1½ sudu BAHAN REMPAH yang dicampurkan. Gaul sebati dan perapkan paling kurang 30 minit dan keatas.
    Setelah diperap, campurkan tepung jagung, tepung gandum dan telur kedalam ayam yang telah diperapkan tadi. Gaul rata.
  2. Didalam periuk @ kuali, panaskan minyak goreng. Minyak harus cukup sehingga kepak ayam dapat tenggelam ketika menggoreng .Goreng kepak ayam selama 10 minit . Angkat dan tapis ayam tersebut. Rehatkan kepak ayam sebentar.
  3. Panaskan minyak, kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi kedalam minyak yang panas dan gorengkan selama 3 minit sehingga menjadi warna keemasan dan rangup.
  4. Akhir sekali, angkat ayam tadi kemudian taburkan bersama lebihan BAHAN REMPAH tadi dan gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bancuhan bagi Ikan Goreng Celup Tepung. Garing diluar lembut didalam.

Selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.