Sebelum anda mencuba untuk memasak Resepi kek batik yang sedap ini. Anda perlu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti dibawah.
Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:
- 1 paket biskut meri (600 gram).
- 1 ketul butter (250 gram).
- 4 biji telur.
- 1 cawan milo.
- 1 cawan susu pekat.
- 1/2 cawan serbuk koko.
- 1 cawan nestum.
- 1 cawan air masak.
- 1/2 cawan gula.
Cara-Cara Memasak dan membuat Kek Batik:
- Masak butter, guna api yang paling kecil. Kemudian masukkan milo, serbuk koko dan susu pekat.
- Bila agak-agak nak mendidih, masukkan telur dan akhir sekali masukkan air. Kacau sehingga pekat (jangan pekat sangat ye, agak-agak je).
- Tutup api kemudian baru masukkan nestum dan patah-patahkan biskut. Kacau sampai adunan tadi sebati.
- Masukkan kesemua bahan yang telah di kacau tadi ke dalam loyang / bekas dan mampatkan semampatnya.
- Akhir sekali, simpan dahulu di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum di makan.
Selamat mencuba.