Resepi Kari Ayam Tanpa Santan yang Sedap

Cara dan resepi untuk membuat Kari Ayam yang sedap tanpa santan menggunakan susu cair sahaja. Kari ayam ni kira salah satu kesukaan cheyah juga. Kalini cheyah buat dengan susu cair. Nak rasa kelainan sikit. Selalu guna santan kotak je.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam.
  • Bawang putih dan bawang besar yang dikisar.
  • Rempah 4 sekawan.
  • Serbuk kari.
  • Serbuk cili kering.
  • Susu cair.

Cara untuk membuatnya adalah:

  1. Tumis dulu kakah kasar ore klate panggil ataupun rempah 4 sekawan.
  2. Masukkan bawang yang telah dikisar. Bila garing masuk bancuhan serbuk kari dengan serbuk cili kering.
  3. Goreng sehingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kacau sebati. Kemudian boleh la ready masuk santan/susu cair.
  4. Ni rahsia bertambah sedap. Letak la sikit gula melaka dan asam keping. Tambahkan garam secukupnya.
  5. Taraaa. Ini dah hujung-hujung baru boleh snap gambar. Tak sempat snap habis kena bedal.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Sardin paling sedap bersama telur yang membuka selera anda.

Tak sempat nak bergambar dengan nasi dan roti woiii. Habis kena bedal. Makan pula dengan sambal belacan. Asyikkkk. Selamat mencuba! Ingat menu simple, ingatlah cheyah ye.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.