Ikan masin lada putih. Mesti banyak antara kita mempunya stok ikan masin. Apa kata kali ni kita cuba buat resepi ikan masin masak lada putih ini. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan yang diperluklan adalah:
- Ikan masin. Ikut suka apa jenis, di potong kecil dan di goreng.
- Lada putih. Jumlah ikut suka mengikut tahap kepedasan yang anda mahu. Kalau tiada lada putih boleh tukar dengan cili padi.
- Bawang putih.
- Bawang merah.
- Bawang besar.
- Air asam Jawa.
- Garam, Ajinomoto dan gula.
Cara-cara untuk memasaknya:
- Goreng ikan masin sehingga garing.
- Tumis Bawang merah dan bawang putih hingga garing dan naik wangi.
- Masukkan lada putih yang telah dihiris tadi.
- Seterusnya, masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.
- Masukkan bawang besar. Tumis dan gaulkan bersama. Tumis sampai warna coklat kecoklatan semua bahan-bahan tadi. Waktu ni boleh sudah tambah perasa seperti garam, ajinomoto dan gula. Saya lebihkan gula untuk seimbangkan rasa masin dari ikan masin.
- Masukkan sedikit air asam jawa. Cara lain bolehlah masukkan tomato. Saya guna asam jawa supaya rasa lada putih ikan masin ini semakin sedap.
- Siap! Bolehlah dihidangkan dan makan bersama nasi panas-panas. Selamat mencuba.