Resepi Gulai Pisang Tumis. Menu yang anda semua perlu cuba!

Resepi Gulai Pisang Tumis Darat. Menu yang anda semua perlu cuba! Terima kasih kepada Che Atie kerang berkongsi resepi popular sepanjang masa ini. Cubalah anda semua!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ikat pisang muda. Saya guna pisang mentalun.
  • 5 ulas bawang besar dikisar.
  • 2 ulas bawang merah dimayang halus.
  • Sepeket serbuk rempah kari ikan.
  • Daun kari.
  • Segenggam ikan bilis direndam.
  • 1 jug kecil santan.

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Pisang disiat kulit dan dipotong menyerong.

2. Satukan bawang yang dikisar bersama serbuk kari ikan.

3. Masak rempah kari, bawang. Masak atas api yang sederhana sehingga rempah masak dan mendidih.

4. Masukkan pisang dan sebatikan dengan rempah.

5. Setelah pisang separuh empuk masukkan santan dan sambung masak lagi.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Batik Coklat dengan 4 bahan sahaja. Rasa memang terbaik!

6. Seterusnya masukkan ikan bilis.

7. Setelah mendidih, masukkan garam kasar secukup rasa. Jangan banyak sebab ikan bilis dah masin.

8. Sambil itu, tumiskan bawang merah, daun kari. Daun kari saya tak ada disini. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

9. Masukkan bawang yang digoreng tadi beserta minyak goreng sedikit ke dalam periuk pisang tadi. Tutup api bila pisang dah empuk dan siap untuk dihidangkan.

10. Siap dah. Bismillah dan jemput makan semua. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.