Resepi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang. Lauk berbuka yang memang padu tak terkata!

Dah lama merantau masakan negeri orang. Hari ini buat masakan negeri sendiri. Ayam Masak Bawang Pulau Pinang. Resepi top kalau kat kedai nasi kandar di serata penang. Resepi telah dikongsikan oleh Che Atie.

Jom lihat cara dan bahan yang digunakan dalam resepu ini. Senang je buatnya. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang besar selabu dimayang halus.
  • Daun pandai sehelai di potong 4.
  • Daun kari setangkai.
  • Ayam digaul garam kunyit.
  • Daun Pandan.
  • Rempah 4 sekawan.
  • Halia yang dikisar halus.
  • Bawang putih secukupnya dan dikisar.
  • Bawang Merah/besar 1 labu yang telah dikisar.
  • 2 sudu serbuk cili.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis dan jintan putih.
  • 1 sudu serbuk kari daging.
  • Setengah sudu garam masala.
  • 1 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tamato dan 1 sudu besar sos tiram.
  • Garam dan gula secukupnya.
Baca juga :  Resepi Chicken Grill yang Juicy dan sedap

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. First goreng bawang yg dimayang sehingga kekuningan dan toskan. Minyak goreng bawang tadi guna goreng ayam garam kunyit. Goreng ayam 3 per 4 masak ya. Jangan sampai masak sebab nanti nak masak lagi ayam tu.
  2. Guna minyak goreng ayam tadi 1 senduk kemudian tumiskan Daun pandan, Daun kari dan Rempah 4 sekawan.
  3. Masukkan pes halia, bawang putih dan kacau hingga sebati. Kemudian, Masuk pes bawang besar 1 labu yang dikisar dengan air. Masukkan bawang kisar dulu kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.
  4. Seterusnya masukkan 2 sudu serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1 sudu kecil serbuk jintan manis dan jintan putih, 1 sudu serbuk kari daging dan setengah sudu garam masala. Kacau sebati dan masak sehingga wangi.
  5. Masukkan 1 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tamato dan 1 sudu besar sos tiram. Sambung kacau lagi.
  6. Masuk garam gula secukup rasa. Che atie pakai gula perang. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ayam goreng kunyit tadi dah masin. Gaul biar sebati dan kuah biar pekat.
  7. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau biar sebati semua kuah dan ayam bagi serasi. Akhir sekali masukkan bawang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan siap dah masakan kita.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Kurma. Pekat, lazat dan terbaik dari dapur untuk anda.

Selamat mencuba semua.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.