Kek Titisan hujan atau Rain Drop Cake yang viral di Tiktok dan FB. Memang sedap rupanya kek ni!

Nampaknya saya pun sudah terjebak dengan Kek titisan hujan @ Rain drop Cake ni. Memang sedap rupanya kek ni! Jom kita cuba buat sendiri. Terima kasih kepada Puan Nurbazlyn Husna kerana berkongsi resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 sudu teh serbuk jelly / serbuk agar-agar. Saya guna jenama alysa tu tapi kurang jernih. Rasanya guna clear jelly lagi better.
  • 680 ml air.
  • 2 sudu teh gula castor.

Masak semua bahan diatas sehingga mendidih.

Bahan-bahan untuk topping:

  • 2 sudu teh gula merah.
  • 1/2 cawan air.
Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Cotton Cheese Cake super gebu gebas

Masak sampai mendidih dan larut bahan topping.

Cara makan:

  1. Taburkan kacang tanah, bahan topping bersama didalam pinggan.
  2. Kalau suka sejuk boleh masukkan dalam peti sejuk dulu.

Acuan tu saya guna tupperware mak dan acuan kuih lompang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.