Ada penggemar kimchi tak? jom kita buat sendiri. Sedap tau. Puan Zurina Zulkifli ada berkongsi resepi dan cara untuk membuatnya. Cubalah.
Bahan (A) sayuran:
- 1 biji kobis cina.
- 1 biji lobak merah.
- 1 ikat daun bawang.
Potong kobis saiz sederhana dan perap bersama garam selama 5 jam. Kemudian bilas dengan air dan toskan. Lobak merah dan daun bawang dihiris memanjang.
Bahan (B) bahan dikisar:
- 1 biji bawang holland.
- 1 biji buat lai kuning.
- 4 ulas bawang putih.
- Halia sebesar ibu jari
Bahan (C) bahan dimasak:
- 5 sudu besar tepung beras.
- Setengah cawan air.
Bancuh tepung bersama air, kemudian hidupkan api kecil. Gaul sehingga tepung menjadi bubur.
Bahan (D) untuk perasa:
- 1 paket serbuk cili.
- 1 sudu besar cencaluk (pilihan).
- Sos ikan.
- Gula dan garam sekiranya perlu.
Cara untuk membuatnya:
- Sediakan besen yang besar. Masukkan bahan (B) (C) & (D).
- Gaul sebati bahan-bahan tadi dan pastikan semua rasa balance secukupnya. Kemudian masukkan pula bahan (A) dan gaulĀ sebati sehingga sayuran disaluti warna kemerahan.
- So siap sudah Kimchi anda. Pastikan simpan di dalam bekas dan mesti ada sedikit ruang untuk jus perapan keluar.
- Simpan pada suhu bilik dahulu kemudian baru boleh simpan di dalam peti. Sedap dimakan selepas diperam selama 2 hari.