Resepi Apam Gula Hangus / Perang Terbaik

Saya nak kongsikan kepada anda kali ini cara untuk membuat Kuih kegemaran saya untuk minum petang iaitu Kuih Apam Gula Hangus. Jom la cuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan gula.
  • 1 cawan air panas.

Masak gula hingga keperangan. Masukkan air panas-panas sedikit-sedikit sehingga habis. Kacau dan ketepikan.

  • 2 biji telur gred B.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 2 sudu besar marjerin.
  • ½ cawan minyak.

Campur sekali dan blender lebih kurang selama 3 hingga 5 minit.

  • 1½ cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
Baca juga :  Kuih Lejen ni pastinya ramai peminat. Jom buat sendiri Kuih Tiram yang popular sepanjang zaman!

Ayakkan kedua-dua bahan diatas.

Cara untuk membuatnya:

  • Tuang adunan yang telah diblender tadi ke dalam tepung. Kacau sehingga sebati. Saya hanya gunakan whisk je.
  • Kemudian masukkan air gula dan kacau sehingga tiada ketulan tepung.
  • Acuan perlu disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian tuangkan adunan kedalam acuan dan kukuskan selama 10 minit atau masak. Pastikan air betul-betul mendidih baru kukus ya.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.