Ada yang suka kuih ni tak? Ini cara untuk membuat Kuih Lompang Jagung untuk anda rasai sendiri kesedapanya!

Resepi Kuih Lompang jagung. Boleh dicuba sebagai menu minum petang anda. Resepi Oleh  Puan Badariah Abd Rahman. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung ubi.
  • 1 cawan gula. Dimasak guna 2 cawan air bubuh daun pandan. Dah menggelegak ketepikan dan biarkan dia sejuk.
  • 1/2 cawan jagung tin diblend halus guna 2 cawan air.
  • 1 sudu besar air kapur, sedikit garam.
  • Perasa jagung.
  • Pewarna kuning.

Cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan dan tapis.
  2. Pengukus perlu disapu minyak terlebih dahulu.
  3. Panaskan dulu pengukus baru tuang adunan dalam acuan.
  4. Kukus selama lebih kurang 20 minit hingga 25 minit guna api besar. Kalau nak cantik, penutup balut guna kain.
  5. Perlahankan api. Biar 5 minit baru matikan api. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Ada penggemar kuih ni tak? Jom kita buat Kuih Lompang Gula Melaka!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.