Khas untuk ibu-ibu di rumah sempena tak tau menu apa yang nak disediakan untuk anak-anak dan suami. Jom kita cuba resepi apam balik yang telah dikongsikan oleh Puan Ummi Ja dan gambar sebahagian oleh Nor Hamah Ibrahim.
Bahan-bahan adunan:
- 2 cawan tepung gandum.
- Setengah cawan gula.
- 1 setengah cawan air.
- 1 biji telur.
- Secubit garam.
- 1sudu teh sodium bicarbonate.
Bahan tabur:
- Goreng kacang tanah tanpa minyak dan blend kasar (saya beli kacang tanah yang dah digoreng dan dikisar).
- Jagung manis dalam tin.
- Gula halus.
- Marjerin.
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan-bahan adunan ke dalam blender sehingga sebati.
- Tunggu lebih kurang 15 min-30 min supaya adunan kembang.
- Oleskan marjerin di permukaan kuali. Sebaiknya non-stick pan, tefal akak kan banyak dalam kabinet tuu, gunalah.
- Tuangkan 1 senduk bahan adunan tadi ke dalam pan dan ratakan ke seluruh pan (jika pan besar, tuangkan 2 senduk).
- Guna api sederhana.
- Biarkan seketika dan masukkan bahan tabur apabila nampak separuh masak (nampak lubang-lubang kecil).
- Taburkan kacang, jagung, gula dan marjerin.
- Sudah masak, lipat dua apam balik macam orang pasar buat tu.