Cara untuk membuat Laksam Warna Warni yang sedapnya memikat selera semua orang.

Laksam warna-warni ni memang sedap Anak-anak pasti suka dengan warnanya. Cubalah, pasti memikat citarasa anda tentang laksam. Terima kasih kepada Anita Abdul Rahman yang berkongsi cara untuk membuat laksam ini. Gambar oleh Irham Fatihah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 peket tepung beras.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 10 cawan air suam.
  • 1 sudu teh garam.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus di atas dapur. Satukan semua bahan di ata dan kacau biar sebati dan tapiskan.
  2. Asingkan beberapa bahagian dan letaklah warna kesukaan masing-masing ye.
  3. Kukus laksam ini menggunakan tudung periuk yang disapukan sedikit minyak sebanyak 4 senduk.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Kuah Lemak Lontong. Terbaik untuk anda sekeluarga rasa!

Bahan-bahan untuk membuat kuahnya:

  • 1/2 kilo ikan selayang/kembung direbus dan diambil isi ikan. Ada yang suka blend tulang dan tapiskan.
  • Santan secukupnya.
  • 6-8 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sedikit halia.
  • Sedikit lada hitam.
  • 2 keping asam gelugur.
  • Garam dan gula.

Cara-cara membuat kuah:

  1. Masukkan dalam periuk kacau biar sebati dan masak, selalu dikacau agar kuahnya tidak berketul.
  2. Lada hitam ditumbuk dan masukkan dlm periuk kacau biar sebati dan masak. Selalu dikacau agar kuahnya tidak berketul.
  3. Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sekaya Pandan Super Sedap. Sesuai dimakan dengan Roti Jala.

Aksesori tambahan bagi menyedapkan laksam anda. Timun, taugeh, daun pudina/ketumbar, sambal belacan dan cili kisar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.