Kek ni pasti akan jadi kesukaan anda. Jom cuba Kek Lapis Asam Manis. Mudah je nak buat kek ni.

Kek ni pasti akan jadi kesukaan anda. Jom cuba Kek Lapis Asam Manis. Mudah je nak buat kek ni. Saya tak campur dengan Biskut Marie. Memang sedap tau dengan rasa masam-masam manisnya tu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zura Zul. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 biji telur yang disimpan dalam peti sejuk.
  • 1 cawan gula halus.
  • 2 cawan tepung gandum dan 1 sudu kecil baking powder diayak bersama.
  • 1 sudu besar ovelate.
  • 150ml susu cair.
  • 100ml minyak masak.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • Pewarna mengikut kesukaan anda.
  • Asam manis / hawflakes secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mixkan gula dan telur sehingga menjadi kembang. Kemudian bila dah kembang, masukkan ovelate dan adunkan lagi sehingga betul-betul adunan menjadi kembang dan gebu.
  2. Masukkan minyak dan perlahankan mixer. Sambung putar lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking powder berselang seli dengan susu cair.
  4. Masukkan esen vanila dan mixkan sekejap sehingga semua adunan sebati. Kemudian, kaup balik guna spatula sahaja.
  5. Bahagikan adunan kepada tadi kepada 2 bekas kemudian warnakan mengikut kesukaan anda.
  6. Sediakan Loyang bersaiz 8 x 8 dan sapu serta oleskan sedikit minyak minyak. Lapikkan dengan baking paper dan masukkan adunan mengikut warna kesukaan anda. Setiap lapis 1 cawan sahaja dan ratakan permukaannya.
  7. Susun asam manis atau hawflakes diatasnya. Pastikan air kukusan kita telah betul mendidih. Kemudian, Kukuskan selama lebih kurang 5 hingga 7 minit.
  8. Buat lapisan seterusnya dan ratakan. Juga boleh lenggang-lenggangkan loyang untuk bagi adunan menjadi rata di keseluruhan kawasan loyang. Susun asam manis dan kukuskan lagi selama 5 hingga 7 minit.
  9. Ulangi proses diatas sehingga adunan habis. Bagi lapisan yang terakhir, kukuskan selama lebih kurang 20 hingga 25 minit untuk membolehkan kek masak keseluruhanya.
  10. Setelah masak boleh la di angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Sos Sotong/udang/ayam Masak Buttermilk yang padu dan sangat nikmat.

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.