Cara untuk membuat Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau

Saya memang akan buat kuih kasturi apabila ada kesempatan. Kuih ini kuih kegemaran kami sekeluarga. Selalunya saya buat banyak-banyak dan simpan sebagai stok di dalam freezer. Jadi kuih frozen lah kiranya. Mudah kalau tiba-tiba teringin nak kuih untuk minum petang, tinggal nak digoreng je.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan kacang hijau direndam 1-2 jam.
  • ½ cawan gula putih.
  • 4 sudu besar kelapa parut.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • 1 cawan tepung beras.
  • ½ sudu kecil air kapur.
  • Secubit garam.
  • Pewarna kuning / kunyit.
  • Air secukupnya.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Kuih Semperit Red Velvet

Cara untuk membuatnya:

  1. Masak kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
  2. Nampak kering sikit air, masukkan gula, kelapa parut dab kacau sehingga air betul kering.
  3. Taburkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati. Angkat dan sejukkan.
  4. Dah sejuk sikit bulatkan adunan kacang hijau tadi dan leperkan.
  5. Dalam mangkuk yang lain masukkan tepung beras, air, garam, air kapur dan pewarna kuning sikit.
  6. Kacau sebati. Celupkan adunan kacang hijau yang telah dileperkan tadi dan goreng sehingga bewarna kuning keemasan.
Baca juga :  Resepi Kuih Serabai yang lembut dan sedap

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.