Mudah & Sedap! Masak Guna Kuali Je. Resepi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Selamat mencuba!
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 10 kepak ayam.
- 3 biji bawang putih.
- 1 sudu makan madu.
- 2 sudu makan kicap manis pedas.
- 1 sudu makan sos tiram.
- 3 sudu makan minyak.
Cara-cara memasak :
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
- Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.
- Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.
- Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.
Maklumat tambahan :
Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda. Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas .
Kredit : Nana Sabrina Sarsan